Ambil sendiri di HQ Batu Caves kami Penjagaan Herba Diperakui KKM Dihasilkan dengan kasih di Malaysia sejak 2020
Baby Care · 16 Dis 2020

Rawat Kembung Perut Cara Tradisional?

Rawat Kembung Perut Cara Tradisional?

Kembung perut adalah satu keadaan yang biasa terjadi pada bayi dari usia 2 minggu hingga 4 bulan. Selalunya bayi akan kerap menangis untuk tempoh masa yang lama dengan tanpa sebab.

Punca kembung perut masih tidak dapat diketahui. Namun, terdapat beberapa teori tentang sebab mengapa bayi mengalami kembung perut. Ini antaranya,

  • Cara penyusuan yang salah
  • Bayi alah kepada laktosa
  • Usus bayi belum matang (pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dan ‘angin’ yang berlebihan.

Dalam bidang perubatan, tiada ubat boleh membantu masalah kembung perut pada bayi. Namun, ada setengah ubat yang boleh membantu mengurangkan masalah kembung perut. Sebagai contoh, demithicone. Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan rasa kembung. Sila rujuk pegawai farmasi yang bertauliah untuk preskripsi ubat yang betul.

Dari segi tradsional pula, ibu-ibu gemar menggunakan minyak kayu putih pada perut bayi. Ada juga yang menggunakan kapur sireh sebagai alternatif lain. Namun demikian, seiring dengan peredaran zaman, kini terdapat banyak produk tradisional yang mula dipasarkan bagi merawat masalah kembung bayi.

TROPIKA BABY HERBAL CREAM adalah salah satu produk muslim bumiputera yang membantu para ibu dalam menyelesaikan masalah kembung pada bayi. Tropika Baby Herbal Cream telah berada di pasaran sejak tahun 2012 lagi. Mereka menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan utama yang dicampur beberapa herba lain. Dengan cara penggunaan yang mudah, cuma sapukan pada perut bayi bersama urutan I LOVE YOU dapat melegakan kembung perut dan menjadikan bayi anda lebih selesa.

!6 Safe, Natural Ways to Soothe Your Baby – Baby K’tan Baby Carriers and WrapsUrutan I Love You dapat melegakan kembung perut

Walau bagaimana pun, jika kembung perut berlarutan sila rujuk pakar atau doktor yang bertauliah untuk rawatan lanjut.

Kongsi
Skrol ke Atas

Kebenaran Kuki

Kami menggunakan kuki untuk menjalankan kedai dan mengingati beg anda. Dengan kebenaran anda, kami juga ingin menggunakannya untuk memahami cara laman ini digunakan dan untuk mengukur pemasaran kami. Dasar Privasi